Friday, February 18, 2011

Bagaimana Menjadi Pelajar Cemerlang?

LOL AKU BUKAK PAGE NI. HAHA



1. Letak target

Setiap kali peperiksaan saya nak nombor 1. Tapi masa sekolah rendah saya memang pandai pun :P Tak target pun memang nombor 1 punyalah!
Saya adalah pelajar yang lemah dalam Maths (tapi apsal jadi engineer??) dan ENglish. Tapi masa tingkatan 3, saya letak target yang Maths saya akan OK, begitu juga ENglish. Berani tu letak 9A :D Bila ada target, kita akan berusaha untuk capaitarget tu, walaupun agak impossible pada mulanya. Maths saya memang duk main di sekitar bulan sabit je, tapi kejayaan itu tiba jua semasa peperiksaan sebenar. :)

2. Tahu apa yang diperlukan untuk capai target

Kalau dah tahu tak pandai Maths tapi nak dapat A, pandai2 la cari jalan cemana nak realisasikan. Kalau setakat tulis dan tampal je, kucing pun boleh buat. Macam kita nak bawak kereta, kita kena start engine dia dulu. Kalau kita cuma duduk di seatdriver dan berharap kereta itu bergerak akhirnya supaya kita dapat bawak… hmmm berkaratla…

3. Fahami target supaya kita tak tersasar

Nak dapat 9A kenapa? Nak dapat 4.0 kenapa? Tak penting pun ni, tapi penting di saat2 kita down. Katala tengah down, pastu malas nak pikir. Terus ingat “Ah lantaklah dapat berapa2 pun aku tak kisah dah?”. Tapi bila ada target tu kita cuba untuk perbaiki mana yang patut, dan setiap kali kita jatuh tu kita anggap as motivasi.

4. Hubungan baik dengan guru

Penting ni woo. Tak berkat ilmu nanti. Kalau ye pun belakang mengata, depan2 mesti mulut manis.Hehe. Kang kene sumpah dengan cikgu terus tak jadi apa. Eh, saya memang respek sama cikgu. Tak penah nak lawan2 cikgu. Long term effect tuh. Kang besok2 kita jadi cikgu anak murid taknak dengar langsung cakap kita (eh bukan mmg camtu ke?).

5. Hubungan baik dengan ibu bapa

Doa mereka.. restu mereka… Tapi haruslah belajar rajin2 utk mereka jugak kan? Kena hormat dan sayang mak ayah, jangan sampai mak kata “Pegi mamp*s sama kau?” ha… nanti betul2 merana hidup.Naudzubillah.

6. Menjaga amalan

Amalan ni termasuklah amalan spiritual dan amalan akademik. Nak pandai kena la rajin belajar, rajin ulangkaji, rajin baca buku.. dan yang utama ialah menjaga solat, jauhi maksiat dan sebagainya. Ada pulak yang kata “EH dia tu tak solat pun tapi pandai juga. Dia ni rajin solat tapi tak pandai pun” Wallahuaklam bissawab. Little that we know apa yang Allah sediakan untuk setiap kita. Tapi sunnatullah kalo nak berjaya kena laa usaha beb.

7. Berdoa

Usaha dah, belajar dah, buat ulangkaji hari, tapi lupa nak berdoa. Ini sama la macam budak nak amik gula2 dalam almari berkunci.. macam2 la dibuatnya untuk amiq gula2 tu. Tapi.. kunci tak mintak. Appara.
Apa lagi ye? Apa kata kita tunggu komentator yang semestinya ada banyak tips untuk dikongsikan :)

No comments:

Post a Comment